Infaq & Sadaqah
رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ
“Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda [kematian]ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah…” {QS. Al Munafiqun: 10}
Infaq adalah mengeluarkan sebahagian dari harta atau pendapatan /penghasilan untuk suatu kepentingan yang diperintahkan ajaran Islam. Infaq diantaranya adalah infaq kepada fakir miskin sesama muslim, infaq untuk bencana alam dan sebagainya. Berbeza dengan zakat, dana infaq dapat diberikan kepada siapapun meskipun tidak termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat. Infaq dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman, baik yang kaya atau miskin, baik di saat ia lapang maupun sempit.

Pusat Tarbiyah Darul Azim
Pusat Tarbiyah Darul Azim yg terletak dalam kawasan masjid Albakti Kg Belukar 100 meter dari kampus UiTM Machang merupakan satu satunya pusat pengajian tahfiz memberi pendidikan secara percuma.
Kini setelah tiga tahun beroperasi dan mempunyai 30 pelajar lelaki berusia dari 8 tahun hingga 14 tahun pusat ini mendapat sambutan baik dikalangan masyarakat tempatan.
Dengan dua tenaga pengajar dan seorang mudir, pusat ini mampu beroperasi dengan baik. Sumber pendapatan bagi membiayai makan minum penginapan dan kos harian pelajar termasuk membayar elaun bulanan datang dari sumbangan orang ramai.
Elaun bulanan ustaz datang dari public donation. Justeru, sumbangan dari anda sebagai umat Islam amat diperlukan. Sumbangan boleh disalur ke Pusat Tarbiah Darul Azim menerusi akaun bank Islam no 030 450100 42890.
Hanya allah yg maha besar membalas jasa baik anda yg infak dijalan Allah. Setakat ini pihak pengurusan terpaksa menutup pengambilan pelajar baru kerana permintaan utk memasuki pusat ini amat tinggi kerana tiada bayaran dikenakan dan masalah penempatan amat terhad.


